Khamis, 28 Februari 2008

Aku yang dalam keraguan



Memandangkan pasaran kerja zaman ini penuh persaingan, membuatkan aku termenung seketika. Mungkinkah aku akan memperoleh pekerjaan seperti yang aku harapkan atau sebaliknya. Kerisauan mula membelenggu diri memikirkan persoalan di masa hadapan kerana ijazah di dalam genggaman bukanlah satu jaminan. Hari ini pengangguran dalam kalangan siswazah bukan dalam angka yang sedikit tetapi menjangkau lebih puluhan ribu membuatkan aku takut dan mula goyah dengan keyakinan diri. Namun, ia bukan bermakna aku harus menyerah kalah tetapi aku harus tekad untuk terus mencapai kejayaan seperti yang aku harapkan...

Peristiwa yang menginsafkan

Sejak beberapa hari yang aku lalui ini, ada sesuatu peristiwa yang sukar untuk dipadam dalam diari kehidupanku sebagai hamba Allah. walaupun bagi aku dua minggu itu terlalu singkat, namun tidak pernah aku terima berita kematian seperti yang aku alami baru-baru ini. Allah itu maha berkuasa... Lapan berita kematian dalam tempoh tidak sampai dua minggu yang aku terima ini sungguh memeranjatkan namun sebagai hambaNYA yang kerdil aku pasrah dan aku sedar DIA lebih mengetahui atas segalanya. Peristiwa ini sungguh menginsafkan lantas aku merenung jauh ke dalam diriku untuk mengingati kembali setiap apa yang telah aku lakukan...

Khamis, 21 Februari 2008

Hari ini dalam kebingungan...

Bila hendak diceritakan tentang kehidupan yang bergelar mahasiswi sebenarnya banyak kenangan yang tersimpan di benak ingatan. pahit manis silih berganti dalam harungi kehidupan sehari-hari. Biarpun kadangkala sukar untuk aku hadapi ujian hidup ini, namun tetap aku gagahi. ku pandang setiap bebanan kerja dari sudut positif agar aku dapat memajukan diri yang serba kekurangan...