Khamis, 13 Mac 2008

Tip khusyu' dalam solat


Memandangkan masih ada waktu untuk berkongsi ilmu dengan pembaca, aku teringin sekali nak nyatakan di sini tentang beberapa tip untuk khusyu' dalam mengerjakan solat. Pastinya ramai antara kita yang menghadapi masalah tidak khusyu' dalam solat. Untuk menjawab persoalan ini, sama-samalah kita hayati tip-tip di bawah:

1) Tanamkan niat untuk mendapatkan kekhusyukkan dalam solat.
2) Mengambil wudu' dengan sempurna dan tidak syak terhadap wudu' itu.
3) Rasailah seolah-olah solat itu yang terakhir.
4) Rasai seolah-olah kita menghadap Allah.
5) Minta berlindung dari gangguan syaitan dengan membaca Bismillah dan surah An-Nas.
6) Pilih surah yang dapat membantu fokus dan penghayatan.
7) Perluaskan ilmu fiqah solat.
8) Renungi makna ayat dan janji setia dalam surah Al-Fatihah dan doa Iftitah.
9) Rasai betapa hina kita ketika rukuk dan sujud.
10) Tidak bersolat ketika menahan untuk membuang air kecil.
11) Jauhi bersolat di tempat laluan orang.
12) Ghairah untuk solat berjemaah.
13) Berada di saf pertama ketika solat berjemaah.
14) Jangan melepaskan peluang sekiranya dipelawa menjadi imam.
15) Bacalah sifat-sifat solat Rasulullah s.a.w.
16) Ziarahi beberapa masjid untuk merasai kelainan bersolat dengan pelbagai Imam.
17) Tidak melakukan solat sewaktu makanan tersedia dan perut lapar.
18) Tidak tergopoh-gapah ketika bersolat.
19) Tidak bersolat dalam keadaan mengantuk.
20) Ketika sakit atau selesema, sediakan sapu tangan bersama sebelum solat.
21) Berhenti melihat benda yang haram.
22) Tidak bersolat dalam keadaan marah.
23) Tambahkan maklumat mengenai nama Allah yang kita baca dalam solat.
24) Tanamkan dalam hati kalau solat itu tidak menjadi, ia akan menjadi kain buruk yang akan dilemparkan kerana ia tidak berkualiti.
25) Kepada Imam, tirulah bacaan Makkah dan Madinah kerana orang yang pernah ke Makkah akan mengingati nostalgia tersendiri ketika di Masjidil haram dan Masjid Nabawi.

Nampaknya cukuplah setakat ini yang dapat dikongsikan bersama pembaca. Semoga segala tip yang dinyatakan di sini dapat dijadikan panduan untuk sama-sama kita perbaiki kelemahan yang ada pada diri kita. Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah, yang buruk itu datang dari hamba yang lemah. Wallahua'lam...

Rabu, 12 Mac 2008

Tip Pelajar Cemerlang





Setiap pelajar pastinya menyimpan cita-cita untuk berjaya namun adakalanya cita-cita yang kita harapkan itu tidak menjadi satu kenyataan. Walau bagaimanapun kita tidak seharusnya berputus asa sekiranya usaha yang kita lakukan tidak membuahkan hasil. Terimalah dengan redha dan percaya bahawa setiap yang berlaku dalam hidup kita pasti ada hikmah disebaliknya. Berfikirlah secara positif dan menganggap bahawa kemungkinan usaha kita itu belum begitu kuat untuk merealisasikan hasrat kita.

Memandangkan situasi itu, di sini akunak berkongsi dengan pelajar-pelajar di luar sana tentang beberapa tip pelajar cemerlang yang boleh dijadikan panduan. Tip ini aku perolehi daripada buku yang ditulis oleh Dato' Dr. Mohd Fadzilah Kamsah. Sama-samalah kita renungi...

Tip 1 Tuhan mencipta kita dengan penuh kesempurnaan. Bertindaklah dengan cemerlang.

Tip 2 Pelajar yang tidak berdisiplin semasa belajar besar kemungkinan tidak berdisiplin sepanjang hayat.

Tip3 Semua orang mahu berjaya tetapi cuma segelintir yang berjaya mengawal nafsu dan emosi.

Tip 4 Kita mudah lupa apa yang kita dengar. Kita sekadar tahu apa yang kita lihat. Kita akan faham apa yang kita amalkan atau praktikkan.

Tip 5 Apabila kita belajar dengan niat untuk berkongsi limu ataupun mengajar orang lain, kita akan dapat kefahaman dan daya ingatan yang luar biasa.

Tip 6 Setiap hari carilah alasan untuk berubah secara positif.

Tip 7 Di dalam dunia ini, cuma kita berupaya mengubah diri kita.

Tip 8 Apabila kita beruba, semua orang di sekeliling kita akan berubah seiringan dengan perubahan kita.

Tip 9 Setiap masalah berpunca daripada diri kita sendiri. Kita perlu menyelesaikannya.

Tip 10 Segala kehebatan sudah sedia ada dalam diri kita. Sekadar menanti untuk diserlahkan.

Itulah antara tip-tip yang dapat dikongsikan bersama semua pembaca. Sekiranya kita masih dalam persoalan di atas kegagalan yang kita hadapi, jadikanlah tip-tip ini untuk kita renungi semula di mana diri kita. Semoga berjaya!!!.

Khamis, 6 Mac 2008

Hikmah puasa di bulan Ramadhan

Tidak lengkap rasanya jika tidak memperkatakan mengenai kewajipan berpuasa di bulan Ramadhan. Seperti yang kita ketahui puasa bermaksud menahan diri daripada makan dan minum dari terbit fajar hingga terbenam matahari juga menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkannya serta yang dapat mengurangkan pahalanya.

Pada ruangan ini, aku nak kongsi dengan pembaca tentang fadhilat puasa Ramadhan yang aku petik dari kata-kata seorang ilmuan Islam yang hanya menggelar dirinya sebagai Med Hatta. Sama-samalah kita hayati...

Puasa Ramadhan akan membersihkan rohani kita dengan menanamkan kesabaran, kasih sayang, pemurah, berkata benar, ikhlas, displin, terhindar dari sifat tamak dan rakus, percaya pada diri sendiri dan sebagainya. Dengan berpuasa kita dapat mengistirehatkan organ pencernaan lebih kurang 12 jam sehari. Oleh itu, organ dalam tubuh badan kita dapat bekerja dengan lebih teratur dan efektif.

Perlu diingat bahawa ibadah puasa Ramadhan akan membawa faedah bagi kesihatan rohani dan jasmani kita apabila dilaksanakan sesuai dengan panduan yang telah ditetapkan jika tidak maka hasilnya tidak seberapa malah mungkin ibadah puasa kita sia-sia belaka.

Allah SWT berfirman, "Makan dan minumlah kamu dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berlebih-lebihan." (Surah Al-A'raf:31)

Nabi Muhammad saw juga bersabda, "kita ini adalah kaum yang makan apabila merasakan lapar, dan makan dengan secukupnya (tidak kenyang)."

Selain dipermudahkan dalam masalah waktu, Allah juga membuktikan kasih sayang-Nya kepada hamba-hamba-Nya dengan mempermudahkan situasi-situasi sukar yang lain seperti orang sakit (yang membahayakan dirinya apabila berpuasa) dan orang yang menempuh perjalanan jauh (yang memberatkan dirinya jika berpuasa) dibolehkan untuk berbuka dan menggantikannya pada hari yang lain, sesuai dengan jumlah puasa yang ia tinggalkan.

Ayat-ayat Al-Qur'an juga ada menjelaskan betapa Tuhan begitu dekat dengan hamba-Nya, Dia selalu menjawab doa mereka walau di mana sahaja mereka berada, tidak ada pemisah antara keduanya. Maka sudah selayaknya bagi seorang muslim untuk selalu berdoa memohon keampunan daripada Tuhannya, beribadah dengan tulus ikhlas, beriman dan tidak menyekutukan-Nya, dengan harapan Allah akan mengkabulkan semua doa dan permintaanya.

Itulah antara hikmah puasa yang dapat dinyatakan di sini. Walau bagaimanapun masih banyak lagi hikmah yang dapat diperolehi bagi mereka yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh kesabaran dan ketaqwaan. Sesungguhnya janji Allah itu tetap ditunaikan, walau sekecil zarah sekalipun kebaikan yang kita lakukan namun tetap ada balasannya.

Tenangkan hatimu dengan ayat suci Al-qur'an

Walau di mana sahaja kita berada pasti ada ujian yang menimpa. Sebagai manusia biasa, kita tidak akan dapat lari daripada ujian Allah S.W.T. Walau apapun yang berlaku hidup harus diteruskan. Tidak aku nafikan dalam kehidupan sebagai seorang mahasiswa, aku banyak dibebani dengan tugasan sebagai seorang pelajar sehingga pada satu tahap aku berasa begitu tertekan namun aku harus kuat untuk tempuhinya dan aku terima segalanya sebagai ujian awal sebelum aku menjejakkan kaki di alam pekerjaan. Tentu lebih banyak ujian yang bakal menanti. Sebenarnya di sini aku nak kongsi dengan semua pembaca tentang satu petua yang aku amalkan bukan sahaja pada waktu-waktu kerisauan tetapi juga pada waktu biasa. Sejak kecil aku telah dididik untuk mengaji Al-Qur'an dan sehingga kini aku dapat rasakan kehidupanku tidak sempurna andainya pada hari tersebut aku tidak berbuat demikian. Pada awalnya aku tidak menyedari akan fadhilatnya, tetapi lama kelamaan aku dapat rasakan seperti ada satu kekuatan dalam diri untuk aku teruskan perjuangan di saat aku berdepan dengan ujianNya. Aku berasa lebih tenang dan tabah untuk menempuhinya. Walaupun kadangkala aku berasa begitu sukar namun aku percaya bahawa setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian. Begitulah hebatnya ayat suci Al-Qur'an dalam kehidupan seharian...

Antara dunia dan akhirat perlu ada keseimbangan

Dalam kita harungi dunia yang serba moden ini, kita sebenarnya tidak harus lupa akan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah. Ramai di kalangan kita leka mengejar kemewahan dunia tanpa sedikit pun ingat akan tanggungjawab kepada Allah S.W.T. Cukuplah dengan satu tuntutan yang wajib dilaksanakan oleh setiap muslim iaitu mengenai solat fardhu, berapa ramai umat Islam yang pada dasarnya beragama Islam namun tidak sedikitpun memperlihatkan kehidupan sebagai seorang Islam???. Amat menyedihkan apabila kita mengetahui bahawa ada di antara kita yang tidak tahu menunaikan solat fardhu sedangkan usia sudah menjangkau suku abad. Siapakah harus dipersalahkan???. Tidak salah bagi kita untuk merujuk mana-mana buku panduan sembahyang walaupun usia kita telah banyak dan jangan ada rasa malu untuk bertanya kepada mereka yang lebih mengetahui kerana kita tidak akan rugi walau sebesar zarah sekalipun. Kita dijadikan olehNya sempurna dengan akal untuk berfikir baik atau buruk, jadi gunakanlah kurniaanNya itu pada jalan yang sebaiknya. Sebenarnya dengan aliran air wudu' pada setiap anggota tubuh kita, kita akan berdampingan dengan ketenangan dan sentiasa dijauhkan daripada gangguan Syaitan. InsyaAllah kita akan sentiasa berada di jalan yang benar di samping solat yang dikerjakan sebagai benteng kehidupan daripada perkara-perkara yang menyesatkan. Sama-samalah kita renungkan...

Selasa, 4 Mac 2008

Kunci Ketaqwaan.

Apakah kunci ketaqwaan? Ilmu adalah kunci ketakwaan ,ilmu adalah landasan segala amalan yang kita lakukan.Bayangkan jika tidak berilmu bagaimana kita nak membezakan halal dan haram? yang paling penting bagaimana bisa kita mengenal Allah tanpa ilmu?
Dalam kita bersungguh-sungguh mencapai
ciri ketaqwaan, perlulah kita beramal dan menjauhi maksiat serta sentiasa bertawakal dengan landasan ilmu. Melalui ciri ketaqwaan, ada lima kebaikan yang akan kita perolehi iaitu:

1) Allah memberikan ketenangan serta kedamaiaan di dalam hati dan jiwa kita. Resah gelisah, cemas , risau atau apa jua kekusutan akan di jauhkan dari kita.Walau apa jua keadaan seperti masalah keluarga, bebanan hutang yang banyak atau apa jua masalah yang tidak mampu kita hadapi, kita akan sentiasa berada di bawah lindunganNya.


2) Kita akan lebih terpelihara dari melakukan maksiat ,Org yang memiliki ketinggian taqwa akan memiliki benteng dari melakukan maksiat dalam keadaan kita sedar atau tidak.

3) Kehadiran kita membawa manfaat kepada orang di sekeliling kita. Tingkah laku yang baik dan segala yang kita tuturkan akan disenangi oleh orang lain.

4) Allah memberi kekuatan dalam beramal, ibadah wajib sentiasa dihiasi dengan ibadah sunat. Segala amalan-amalan sunat akan dipermudahkan olehNya seperti dalam melakukan solat Tahajjud, berpuasa sunat dan sebagainya.


5) Doa kita insyaAllah sentiasa dimakbulkan dan hubungan dengan yang Maha Esa lebih rapat.

Sama-samalah kita berusaha untuk mencapai taraf ketaqwaan yang terbaik kepada Maha Pencipta Allahu Rabbi...

Ikhlaskah amalan kita???

Sabda Rasullulah yang bermaksud “sesungguhnya orang yang pertama kali diputuskan hukumnya pada hari kiamat kelak ialah seorang lelaki yang mati syahid,dia akan di hadapkan kepada Allah SWT kemudian Allah SWT mengingatkan akan nikmat yang pernah dianugerahkan nikmatnya sewaktu di dunia dulu, maka dia pun kembali mengingatinya,kemudian Allah Taala bertanya”Apa yang kau lakukan akan nikmat yang telah aku berikan kepada kamu?nikmat itu aku gunakan untuk berperang kerana membela agama Mu sehingga aku mati syahid. Allah S.W.T berfirman “Engkau dusta! Engkau telah berperang dgn tujuan supaya dapat di kenali dan digelar pahlawan berani dan perkara itu telah pun diperkata atas kamu ” Kemudian diheret diatas mukanya dan dicampak ke dalam neraka.

Kemudian dihadap pula orang alim ,dia mengajar ramai manusia dan banyak baca Al Quran.Persoalan sama yang di tanya Allah SWT dan dijawab oleh orang alim itu "aku belajar ilmu dan mengajarkannya kepada orang lain dan banyak membaca Al Quran demi keredaanMu". Allah berfirman “Engkau berdusta!engkau belajar dan mengajar quran supaya digelar org alim dan engkau baca alQuran supaya mendapat gelaran Qari dan semua itu telahpun disebut sebegitu kepadamu”.Orang itu kemudian diheret dan dihumban ke dlm neraka.

Kemudian di hadapkan pula dermawan yang diluaskan rezekinya oleh Allah Taala dgn pelbagai harta benda .Persoalan sama juga disoal dan dijawab sama jua iaitu “tiada satu jalan pun yang engkau suruh supaya diberikan derma kecuali telah didermakan .Allah SWT berfirman Engkau dusta! Engkau derma supaya disebut sebagai org dermawan dan ia org kpd kamu. Kemudian diheret keneraka” Hadist riwayat Imam Muslim.

Firman Allah Taala ” Dan kami tunjukan segala amal yang mereka kerjakan itu,lalu kami jadikan amal itu bagai debu berterbangan” Surah Al Furqan: Ayat 23.


Pentingnya solat Istikaharah dalam kehidupan harian

Hari ni aku tak nak cerita mengenai perasaan tapi aku nak kongsi dengan pembaca blog ini tentang satu perkara yang sangat menarik dan selalu tidak kita sedari mengenainya iaitu tentang pentingnya solat Istikharah dalam kehidupan harian. Aku pasti ramai yang telah sedia tahu mengenainya tapi aku juga percaya ramai kawan-kawanku yang lain masih belum pasti mengenainya. Aku dapatkan ilmu ini daripada internet tetapi dengan adanya ruangan blog ini, aku nak kongsi pengetahuan ini bersama mereka agar kita sama-sama tahu mengenainya.

Bila di sebut sahaja Solat Istikharah kebanyakan di kalangan kita hanya terkenangkan ketika hendak memilih jodoh. Ia begitu sinonim sekali dalam membuat keputusan untuk memilih bakal teman hidup tidak kira bagi lelaki atau perempuan. Perkara ini mungkin berlaku kerana penekanan di kalangan sesetengah Ustaz dalam soal istikharah ini dikaitkan dengan memilih jodoh sahaja. Sebenarnya amalan Solat Sunat Istikharah ini skopnya lebih luas. Kita kadang-kadang tidak diberikan peringatan dalam soal ini. Sedangkan amalan Solat Istikharah ini sangat-sangat di galakkan oleh Rasulullah sebagaimana disebut dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari; Mahfum Hadis:

Dari Jabir ra., ia berkata: “Nabi pernah mengajarkan kepada kami Istikharah dalam berbagai urusan, seperti mengajarkan sebuah surah dalam Al Quran. Kalau seseorang dari kamu menghendaki sesuatu, maka hendaklah ia solat dua rakaat, kemudian berdoa:

“Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya”