Khamis, 6 Mac 2008

Antara dunia dan akhirat perlu ada keseimbangan

Dalam kita harungi dunia yang serba moden ini, kita sebenarnya tidak harus lupa akan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah. Ramai di kalangan kita leka mengejar kemewahan dunia tanpa sedikit pun ingat akan tanggungjawab kepada Allah S.W.T. Cukuplah dengan satu tuntutan yang wajib dilaksanakan oleh setiap muslim iaitu mengenai solat fardhu, berapa ramai umat Islam yang pada dasarnya beragama Islam namun tidak sedikitpun memperlihatkan kehidupan sebagai seorang Islam???. Amat menyedihkan apabila kita mengetahui bahawa ada di antara kita yang tidak tahu menunaikan solat fardhu sedangkan usia sudah menjangkau suku abad. Siapakah harus dipersalahkan???. Tidak salah bagi kita untuk merujuk mana-mana buku panduan sembahyang walaupun usia kita telah banyak dan jangan ada rasa malu untuk bertanya kepada mereka yang lebih mengetahui kerana kita tidak akan rugi walau sebesar zarah sekalipun. Kita dijadikan olehNya sempurna dengan akal untuk berfikir baik atau buruk, jadi gunakanlah kurniaanNya itu pada jalan yang sebaiknya. Sebenarnya dengan aliran air wudu' pada setiap anggota tubuh kita, kita akan berdampingan dengan ketenangan dan sentiasa dijauhkan daripada gangguan Syaitan. InsyaAllah kita akan sentiasa berada di jalan yang benar di samping solat yang dikerjakan sebagai benteng kehidupan daripada perkara-perkara yang menyesatkan. Sama-samalah kita renungkan...

Tiada ulasan: