Apakah kunci ketaqwaan? Ilmu adalah kunci ketakwaan ,ilmu adalah landasan segala amalan yang kita lakukan.Bayangkan jika tidak berilmu bagaimana kita nak membezakan halal dan haram? yang paling penting bagaimana bisa kita mengenal Allah tanpa ilmu?
Dalam kita bersungguh-sungguh mencapai ciri ketaqwaan, perlulah kita beramal dan menjauhi maksiat serta sentiasa bertawakal dengan landasan ilmu. Melalui ciri ketaqwaan, ada lima kebaikan yang akan kita perolehi iaitu:
Dalam kita bersungguh-sungguh mencapai ciri ketaqwaan, perlulah kita beramal dan menjauhi maksiat serta sentiasa bertawakal dengan landasan ilmu. Melalui ciri ketaqwaan, ada lima kebaikan yang akan kita perolehi iaitu:
1) Allah memberikan ketenangan serta kedamaiaan di dalam hati dan jiwa kita. Resah gelisah, cemas , risau atau apa jua kekusutan akan di jauhkan dari kita.Walau apa jua keadaan seperti masalah keluarga, bebanan hutang yang banyak atau apa jua masalah yang tidak mampu kita hadapi, kita akan sentiasa berada di bawah lindunganNya.2) Kita akan lebih terpelihara dari melakukan maksiat ,Org yang memiliki ketinggian taqwa akan memiliki benteng dari melakukan maksiat dalam keadaan kita sedar atau tidak.
3) Kehadiran kita membawa manfaat kepada orang di sekeliling kita. Tingkah laku yang baik dan segala yang kita tuturkan akan disenangi oleh orang lain.
4) Allah memberi kekuatan dalam beramal, ibadah wajib sentiasa dihiasi dengan ibadah sunat. Segala amalan-amalan sunat akan dipermudahkan olehNya seperti dalam melakukan solat Tahajjud, berpuasa sunat dan sebagainya.
5) Doa kita insyaAllah sentiasa dimakbulkan dan hubungan dengan yang Maha Esa lebih rapat.
Sama-samalah kita berusaha untuk mencapai taraf ketaqwaan yang terbaik kepada Maha Pencipta Allahu Rabbi...
+015.jpg)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan