Khamis, 6 Mac 2008

Tenangkan hatimu dengan ayat suci Al-qur'an

Walau di mana sahaja kita berada pasti ada ujian yang menimpa. Sebagai manusia biasa, kita tidak akan dapat lari daripada ujian Allah S.W.T. Walau apapun yang berlaku hidup harus diteruskan. Tidak aku nafikan dalam kehidupan sebagai seorang mahasiswa, aku banyak dibebani dengan tugasan sebagai seorang pelajar sehingga pada satu tahap aku berasa begitu tertekan namun aku harus kuat untuk tempuhinya dan aku terima segalanya sebagai ujian awal sebelum aku menjejakkan kaki di alam pekerjaan. Tentu lebih banyak ujian yang bakal menanti. Sebenarnya di sini aku nak kongsi dengan semua pembaca tentang satu petua yang aku amalkan bukan sahaja pada waktu-waktu kerisauan tetapi juga pada waktu biasa. Sejak kecil aku telah dididik untuk mengaji Al-Qur'an dan sehingga kini aku dapat rasakan kehidupanku tidak sempurna andainya pada hari tersebut aku tidak berbuat demikian. Pada awalnya aku tidak menyedari akan fadhilatnya, tetapi lama kelamaan aku dapat rasakan seperti ada satu kekuatan dalam diri untuk aku teruskan perjuangan di saat aku berdepan dengan ujianNya. Aku berasa lebih tenang dan tabah untuk menempuhinya. Walaupun kadangkala aku berasa begitu sukar namun aku percaya bahawa setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian. Begitulah hebatnya ayat suci Al-Qur'an dalam kehidupan seharian...

Tiada ulasan: