Rabu, 12 Mac 2008

Tip Pelajar Cemerlang





Setiap pelajar pastinya menyimpan cita-cita untuk berjaya namun adakalanya cita-cita yang kita harapkan itu tidak menjadi satu kenyataan. Walau bagaimanapun kita tidak seharusnya berputus asa sekiranya usaha yang kita lakukan tidak membuahkan hasil. Terimalah dengan redha dan percaya bahawa setiap yang berlaku dalam hidup kita pasti ada hikmah disebaliknya. Berfikirlah secara positif dan menganggap bahawa kemungkinan usaha kita itu belum begitu kuat untuk merealisasikan hasrat kita.

Memandangkan situasi itu, di sini akunak berkongsi dengan pelajar-pelajar di luar sana tentang beberapa tip pelajar cemerlang yang boleh dijadikan panduan. Tip ini aku perolehi daripada buku yang ditulis oleh Dato' Dr. Mohd Fadzilah Kamsah. Sama-samalah kita renungi...

Tip 1 Tuhan mencipta kita dengan penuh kesempurnaan. Bertindaklah dengan cemerlang.

Tip 2 Pelajar yang tidak berdisiplin semasa belajar besar kemungkinan tidak berdisiplin sepanjang hayat.

Tip3 Semua orang mahu berjaya tetapi cuma segelintir yang berjaya mengawal nafsu dan emosi.

Tip 4 Kita mudah lupa apa yang kita dengar. Kita sekadar tahu apa yang kita lihat. Kita akan faham apa yang kita amalkan atau praktikkan.

Tip 5 Apabila kita belajar dengan niat untuk berkongsi limu ataupun mengajar orang lain, kita akan dapat kefahaman dan daya ingatan yang luar biasa.

Tip 6 Setiap hari carilah alasan untuk berubah secara positif.

Tip 7 Di dalam dunia ini, cuma kita berupaya mengubah diri kita.

Tip 8 Apabila kita beruba, semua orang di sekeliling kita akan berubah seiringan dengan perubahan kita.

Tip 9 Setiap masalah berpunca daripada diri kita sendiri. Kita perlu menyelesaikannya.

Tip 10 Segala kehebatan sudah sedia ada dalam diri kita. Sekadar menanti untuk diserlahkan.

Itulah antara tip-tip yang dapat dikongsikan bersama semua pembaca. Sekiranya kita masih dalam persoalan di atas kegagalan yang kita hadapi, jadikanlah tip-tip ini untuk kita renungi semula di mana diri kita. Semoga berjaya!!!.

Tiada ulasan: